www.kkoum.com
 




PENGANGGURAN INFLASI : BAB 6



 

Direktori Ilmu-Pengangguran Inflasi

   

PENGANGGURAN INFLASI
Penduduk sesebuah Negara adalah dibahagikan kepada 2 iaitu Populasi Kumpulan Umur Bekerja (PKUB) & lain-lain termasuk golongan yang masih muda untuk bekerja & yang tidak sihat atau tidak mampu untuk bekerja.
PKUB dibahagikan kepada 2 golongan iaitu Golongan Bukan Tenaga Buruh & Tenaga Buruh.
Golongan Bukan Tenaga Buruh kebanyakkannya terdiri daripada yang belajar sepenuh masa, yang telah bersara & suri rumah.
Tenaga Buruh pula boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Golongan Bekerja & Penganggur.
Latihan 6.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran?
Pengangguran merujuk kepada tenaga buruh yang tidak bekerja. Asas mereka adalah golongan yang berusia melebihi 16 tahun yan tidak bekerja tetapi aktif mencari pekerjaan.
2. Jika sesebuah Negara melaporkan kadar pengangguran sebanyak 4%, apakah yang dimaksudkan dengan nilai tersebut?
Kadar pengangguran sebanyak 4% bermakna 4% daripada tenaga buruh Negara tersebut tidak bekerja.

6.2 MENGUKUR KADAR PENGANGGURAN
Kadar pengangguran merupakan salah satu petunjuk penting terhadap keadaan ekonomi sesebuah Negara
Latihan 6.2
1. Nyatakan perbezaan antara pekerja tak giat dengan penganggur?
Kedua-dua penganggur & pekerja tak giat tidak mempunyai pekerjaan. Apa yang membezakan 2 golongan tersebut ialah penganggur aktif mencari kerja manakala pekerja tak giat tidak menunjukkan usaha untuk mendapatkan pekerjaan.
2. Apakah perbezaan utama antara pekerja sepenuh masa dengan pekerja sambilan?
Pekerja sepenuh masa merupakan mereka yang bekerja 35 jam & lebih dalam seminggu. Pekerja sambilan pula bekerja kurang daripada 35 jam seminggu.

6.3 KADAR PENYERTAAN TENAGA BURUH
Peningkatan KPTB boleh disebabkan oleh keadaan ekonomi yang mengembang. Penurunannya pula disebabkan peningkatan bilangan mereka yang pencen, menyambung pelajaran atau peningkatan golongan tua dalam populasi.
Latihan 6.3
1. Huraikan jenis pengangguran.
Jenis-jenis pengangguran:
a) Geseran - disebabkan oleh pertukaran pekerjaan & wujud untuk tempoh masa yang singkat sahaja.
b) Struktur - disebabkan oleh perubahan struktur aktiviti ekonomi sesebuah Negara.
c) Kitaran - disebabkan oleh kitaran perniagaan atau keadaan
ekonomi semasa yang turun naik.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran semulajadi?
Kadar pengangguran semulajadi ialah bersamaan kadar pengangguran struktur dicampurkan dengan kadar pengangguran geseran. Ianya wujud apabila kadar
pengangguran kitaran bersamaan sifar.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh & apakah kaitannya denga kadar pengangguran semulajadi?
Gunatenaga penuh merujuk kepada keadaan ekonomi dimana setiap individu yang mahukan pekerjaan pada tahap upah semasa memperolehi pekerjaan. Dalam konteks yang lebih luas ianya merujuk kepada keadaan dimana sumber-sumber pengeluaran digunakan sepenuhnya tanpa pembaziran. Atau ianya boleh ditafsirkan sebagai tahap pengeluaran dimana kadar pengangguran sebenar bersamaan dengan kadar pengangguran semulajadi.

Latihan 6.4
1. Apakah punca pengangguran?
Punca pengangguran:
a) kehilangan pekerjaan
b) meninggalkan pekerjaan
c) tenaga buruh baru & kemasukan tenaga baru
2. Apakah kesan buruk pengangguran terhadap ekonomi?
Kesan buruk pengangguran kepada ekonomi:
a) tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi
b) mengurangkan hasil cukai kerajaan
c) pembaziran sumber pengeluaran

6.5 PEKERJA SAMBILAN
Dibahagikan kepada 2 golongan iaitu yang disebabkan oleh faktor ekonomi & yang disebabkan oleh faktor bukan ekonomi.
Perbezaan antara kedua-dua golongan pekerja sambilan berkenaan :
No. Pekerja Sambilan yang Disebabkan Faktor Ekonomi Pekerja Sambilan yang Disebabkan oleh Faktor Bukan Ekonomi
1 Golongan ini dikenali juga sebagai pekerja sambilan tidak sukarela. Golongan ini tidak berminat untuk mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.
2 Bekerja untuk tempoh antara 1 hingga 34 jam Tidak bersedia untuk menjawat pekerjaan yang sedia ada.
3 Pada masa yang sama, golongan ini cuba menjadi pekerja sepenuh masa. Terdiri daripada mereka yang
- mengahadapi masalah kesihatan
- mempunyai komitmen serta tanggungjawab terhadap keluarga
- sedang belajar yang mengehadkan
4 Golongan yang gagal mendapatkan masa untuk mereka bekerja.
Latihan 6.5
1. Kenaikan harga sering dikaitkan dengan inflasi. Namun tidak semua kenaikan harga merupakan inflasi. Huraikan keadaan yang membolehkan ia ditafsirkan sebagai inflasi.
Hanya kenaikan harga umum yang berterusan dikira sebagai inflasi.
2. Apakah komponen utama dalam bakul pengguna bagi IHP Malaysia?
Komponen utama bakul pengguna bagi IHP Malaysia ialah perbelanjaan untuk makanan iaitu mewakili 34% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan.

6.6 JENIS-JENIS PENGANGGURAN
Terdapat 3 jenis pengangguran iaitu Pengangguran Geseran, Pengangguran Struktur & Pengangguran Kitaran.
6.6.1 Pengangguran Geseran
Pekerja sanggup untuk tidak bekerja sementara mendapat pekerjaan lain & bukan disebabkan oleh ketidakmampuan mencari pekerjaan. Pengangguran geseran akan sentiasa wujud sepanjang masa terutamanya apabila ekonomi mengalami perkembangan yang pesat secara terus-menerus.
6.6.2 Pengangguran Struktur
Terdapat beberapa faktor utama yang menjurus kepada perubahan struktur ekonomi sesebuah Negara seperti Perubahan Citarasa Pengguna & Kemajuan Teknologi.
6.6.3 Pengangguran Kitaran & Pusingan
Ketika ekonomi mengalami kemelesetan, permintaan bagi barng-barang akan berkurangan. Ini menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti pengeluaran & penggunaan buruh.
Latihan 6.6
1. Nyatakan langkah yang diperlukan untuk mengira IHP.
Langkah untuk mengira IHP:
a) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun asas.
b) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun semasa.
c) Mengira IHP tahun asas & tahun semasa.
2. Nyatakan formula untuk mengukur kadar inflasi.
Formula mengira kadar inflasi : (IHP baru – IHP lama)/IHP lama x 100

6.7 GUNA TENAGA PENUH & KADAR PENGANGGURAN SEMULAJADI
Salah satu matlamat ekonomi Negara ialah untuk mencapai guna tenaga penuh.
Ia juga boleh ditafsirkan berpandukan kepada Kadar Pengangguran Semulajadi (KPS).
Guna Tenaga Penuh dicapai apabila Kadar Pengangguran Sebenar adalah sama dengan KPS.

6.8 PUNCA-PUNCA PENGANGGURAN
Boleh disebabkan oleh 3 faktor iaitu Faktor Kehilangan Pekerjaan, Faktor Meninggalkan Pekerjaan & Faktor Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Buruh.
6.8.1 Kehilangan Pekerjaan
Kategori ini terdiri daripada mereka yang diberhentikan atau terpaksa berhenti daripada pekerjaan, samaada untuk tempoh sementara atau berkekalan.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehilangan pekerjaan seperti kegagalan pekerja memenuhi syarat pekerjaan ataupun kegagalan firma memenuhi keperluan pekerjanya.
6.8.2 Meninggalkan Pekerjaan
Terdapat sesetengah golongan meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela & tidak semestinya atas alasan mereka dipecat.
6.8.3 Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Baru
Tenaga Buruh Baru terdiri daripada mereka yang telah menghabiskan pengajian & bersedia memasuki pasaran tenaga buruh. Kemasukan semula tenaga buruh pula mengenai mereka yang telah mempunyai pekerjaan kemudian keluar daripada tenaga buruh & memasuki semula tenaga buruh.

6.9 KESAN-KESAN PENGANGGURAN
Pengangguran yang disebabkan oleh kurangnya peluang pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi seperti pengangguran kitaran, akan menimbulkan kesan yang buruk terhadap kestabilan ekonomi sesebuah Negara. Kesan buruk pengangguran dapat dibahagikan kepada 2 iaitu kesan buruk terhadap ekonomi & kesan buruk terhadap individu & masyarakat.

6.9.1 Kesan Buruk Terhadap Ekonomi
Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Kesan-kesan buruk pengangguran terhadap ekonomi :
a) Pengangguran Tidak Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi.
- Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi.
b) Penurunan Hasil Kerajaan
- Pengangguran menyebabkan buruh kehilangan pekerjaan & secara tidak langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan.
c) Pembaziran Sumber-Sumber Pengeluaran.
- pengangguran yang tinggi menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperasi pada tahap yang maksimum.
- Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus kepada pengeluaran output yang rendah daripada output prestasi.

 

6.9.2 Kesan Buruk Terhadap Individu & Masyarakat
Pengangguran mempengaruhi kehidupan sosial individu & masyarakat. Kesan-kesan buruk pengangguran terhadap individu & masyarakat
a) Kehilangan Mata Pencarian
- masalah pengangguran yang sementara tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat dengan teruk kerana kehidupan harian dapat diteruskan dengan menggunakan tabungan ataupun pinjaman.
- pengangguran yang berterusan akan menimbulkan masalah sampingan yang tidak sihat seperti kecenderungan melakukan kegiatan haram untuk mendapatkan wang.
b) Kehilangan Kemahiran
- pengangguran yang lama mungkin boleh menyebabkan kemahiran seseorang individu tersebut merosot.
c) Ketidakstabilan Politik Pemerintah
- masalah pengangguran yang lama boleh menyebabkan keadaan huru hara & kerajaan akan menerima pelbagai tekanan serta kritikan daripada pelbagai pihak.
- masalah ini menyumbang kepada gejala sosial & meningkatkan statistik sebarang jenayah yang sedia wujud.

6.10 INFLASI
Merupakan salah satu topic yang utama dalam ekonomi. Kenaikan harga tidak merujuk kepada barang tertentu, ia merujuk kepada harga secara keseluruhan yang diukur berdasarkan kepada indeks harga. Terdapat beberapa indeks harga yang digunakan bagi menggambarkan tahap harga umum & yang paling kerap digunakan ialah indeks harga pengguna (IHP)

6.11 INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)
Ia digunakan oleh kerajaan & sektor swasta yang mengukur tahap harga yang dihadapi oleh pengguna akhir.

6.12 PENGIRAAN IHP
Proses pengiraan IHP yang sebenar ialah 1 proses yang rumit kerana bakul pengguna mengandungi banyak barang. Terdapat 3 langkah utama dalam pengiraan IHP :
I. Mengira kos bakul pengguna IHP pada Harga Tahun Asas.
II. Mengira kos bakul pengguna IHP pada Harga Tahun Semasa.
III. Mengira IHP bagi Tahun Asas & Tahun Semasa.

6.13 MENGUKUR KADAR INFLASI
Merupakan salah satu petunjuk ekonomi yang penting.
Digunakan oleh pelbagai pihak seperti Kerajaan & Penggubal Dasar dalam menilai perubahan harga sesebuah Negara.
Kadar inflasi mengukur peratus perubahan IHP untuk tempoh masa yang tertentu.

6.14 KESAN-KESAN INFLASI
Inflasi juga merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi malah kepada kebajikan individu & masyarakat. Kesan-kesan inflasi adalah seperti berikut:
a) Kesan Inflasi Terhadap Jumlah Keluaran
b) Kesan Inflasi Terhadap Tabungan & Pelaburan
c) Kesan Inflasi Terhadap Pengagihan Pendapatan & Kekayaan Ekonomi.
d) Kesan Inflasi Terhadap Imbangan Pembayaran Sesebuah Negara.
6.14.1 Kesan Inflasi Terhadap Jumlah Keluaran
Inflasi akan menggalakkan peningkatan keluaran Negara jika factor pengeluaran masih tidak digunakan dengan sepenuhnya. Jika pengeluaran yang sedang berada pada tahap guna tenaga penuh, inflasi hanya akan meningkatkan harga tanpa disusuli dengan peningkatan keluaran. Hanya inflasi sederhana yang berlaku dalam ekonomi yang belum mencapai tahap guna tenaga penuh akan menjurus kepada peningkatan keluaran Negara.
6.14.2 Kesan Inflasi Terhadap Tabungan & Pelaburan
Inflasi akan menyebabkan kuasa beli pengguna merosot (nilai wang turun), mereka yang memegang kekayaan dalam bentuk wang akan mengalami kerugian. Keadaan ini menggalakkan masyarakat untuk berbelanja & akan mengurangkan tabungan.
6.14.3 Kesan Inflasi Terhadap Pengagihan Pendapatan & Kekayaan Ekonomi
Inflasi akan memberi kesan yang berbeza kepada kumpulan individu yang berlainan. Individu yang menerima upah tetap akan mengalami kerugian kerana kenaikan tingkat harga akan menyebabkan nilai wang merosot. Individu yang berpendapatan tetap akan mempunyai kuasa beli yang kecil.
Individu yang gemar menabung (melalui akaun simpanan atau dengan pembelian bon kerajaan) juga akan mengalami kerugian kerana kadar bunga yang diterima mungkin kurang daripada kadar inflasi. Golongan yang memperolehi keuntungan apabila berlakunya inflasi adalah ahli-ahli perniagaan. Inflasi juga membawa keuntungan kepada golongan yang memiliki saham & asset kekal seperti bangunan & rumah. Golongan yang memiliki harta benda seperti tanah & rumah akan memperolehi untung yang lebih banyak kerana kenaikan harga tanah & rumah dalam masa inflasi. Inflasi juga mengakibatkan pengagihan pendapatan yang tidak sempurna di antara golongan yang meminjam wang & golongan yang memberi pinjaman.
6.14.4 Kesan Inflasi Terhadap Imbangan Pembayaran Sesebuah Negara
Inflasi menyebabkan harga barang tempatan menjadi lebih mahal di pasaranasing & harga barang Negara asing akan menjadi lebih murah di pasaran tempatan, akan menyebabkan peningkatan import & pengurangan eksport & akan menjurus kepada imbangan perdagangan defisit.
6.15 IHP DAN KOS KEHIDUPAN
IHP juga dikenali sebagai indeks kos kehidupan yang bertujuan mengukur perubahan jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan taraf kehidupan sedia ada. Terdapat 6 masalah & kelemahan yang berkaitan dengan IHP iaitu :
a) Pemilihan Barangan & Perkhidmatan
- barangan yang dipilih mestilah menggambarkan corak perbelanjaan masyarakat.
- corak perbelanjaan ini tidak tetap & sentiasa berubah mengikut perubahan citarasa,
b) Pemilihan Harga Barang & Perkhidmatan
- masalah ini timbul disebabkan oleh perbezaan harga barangan & perkhidmatan mengikut tempat & masa.
c) Perubahan Kualiti Barangan & Perkhidmatan
- kenaikan harga barangan & perkhidmatan disebabkan oleh kualiti adalah wajar.
- kenaikan harga tersebut tidak bermakna kuasa beli pengguna merosot kerana harga yang lebih mahal adalah selari dengan peningkatan kualiti.
d) Pemilihan Tahun Asas
- tahun asas dipilih berdasarkan kepada kestabilan harga pada tahun tersebut
- pemilihan tahun asas adalah perlu bagi tujuan perbandingan.
e) Pemilihan Premis Perniagaan
- masyarakat kini mepunyai pilihan untuk memilih tempat atau kedai untuk membeli barangan & perkhidmatan yang diperlukan.
- IHP tidak mengambil kira isu kos lepas & hanya mengambil kos mutlak.
f) Nilai yang Terlebih atau Terkurang Anggar
- disebabkan masalah pengiraan seperti yang telah dinyatakan, IHP yang dikira mungkin mempunyai ralat.

6.16 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI
Terdapat 4 faktor yang boleh menyebabkan inflasi ialah :
i. Lebihan Permintaan
ii. Peningkatan Kos
iii. Kejutan Penawaran
iv. Inflasi Jangkaan
6.16.1 Lebihan Permintaan
Inflasi yang disebabkan oleh permintaan dinamakan Inflasi Tarikan Permintaan. Ia berlaku apabila lebihan permintaan pada tahap guna tenaga penuh menjurus kepada kenaikan harga purata.
6.16.2 Peningkatan Kos
6.16.3 Kejutan Penawaran
Boleh menyebabkan perubahan kos pengeluaran yang drastik bagi barang asas.
6.16.4 Inflasi Jangkaan
Boleh berlaku sekiranya pengguna menjangkakan ia akan berlaku. Faktor psikologi merupakan faktor yang penting dalam bidang sains kemasyarakatan. Peningkatan permintaan menyebabkan harga meningkat & inflasi. Inflasi yang disebabkan oleh factor psikologi ini dinamakan inflasi jangkaan.

RUMUSAN

Telah membincangkan 2 masalah utama ekonomi makro iaitu pengangguran & inflasi.

Menghuraikan konsep pengangguran & pengukurannya.

Terdapat 3 jenis pengangguran iaitu struktur, geseran & kitaran.

Menghuraikan perkaitan antara guna tenaga penuh & kadar pengangguran semulajadi.

Menghuraikan punca & kesan pengangguran.

Membincangkan tentang inflasi, indek harga pengguna, pengukuran IHP, pengiraan kadar inflasi & kesan-kesan inflasi.

Menghuraikan perkaitan antara indek harga pengguna & kos kehidupan.

Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan inflasi.

 
 
[lebih informasi]

Hak Cipta Terpelihara © 2005. KKOUM.COM®. Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.
Sebarang pertanyaan mengenai laman web sila email ke webmaster atau hubungi talian 06-7611003