5.2
PENAWARAN AGREGAT (AS)
( Penawaran agregat bermaksud jumlah penawaran bagi barang
& perkhidmatan dalam ekonomi). Takrif ini adalah anologi kepada
definisi penawaran individu bagi barang & perkhidmatan
5.2.1 Penawaran Agregat dalam Jangka Pendek
Keluk
Penawaran Agregat (AS) dapat dibahagikan kepada 3 bahagian :
a) Mendatar (Jeda Keynesian)
- bahagian ini menunjukkan ekonomi berada pada tahap kemelesetan &
kadar pengangguran sumber yang tinggi.
- Apabila terdapat peningkatan dalam keluaran, harga tidak akan meningkat.
b) Pertengahan
- persaingan antara firma akan berlaku untuk mendapatkan sumber yang
semakin berkurangan.
- Keadaan ini akan mendorong harga input untuk meningkat, iaitu kos
pengeluaran akan meningkat.
c) Menegak (Jeda Klasik)
- pada tahap ini, ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.
- Ia sukar untuk meningkatkan keluaran kecuali berlakunya peningkatan
harga.
- Pada tahap ini, firma akan bersaing untuk mendapatkan sumber&
tingkatkan keluaran.
5.2.2 Penentu Keluk Penawaran Agregat
Harga
merupakan salah satu penentu keluk AS.
Perubahan
harga hanya akan membawa perubahan disepanjang Keluk Penawaran Agregat
iaitu perubahan dalam kuantiti keluaran yang ditawarkan. Selain
daripada faktor harga, faktor-faktor lain yang boleh mengalihkan keluk
AS ialah :
a) Harga Input
i. Sumber Domestik
- merangkumi tanah, buruh, modal & usahawan.
ii. Sumber yang Diimport
b) Produktiviti
- mengukur keluaran benar secara purata (jumlah keluaran bahagi jumlah
input)
- peningkatan produktiviti bermakna ekonomi menikmati banyak keluaran
benar daripada sumber yang terhad
c) Dasar Kerajaan
i. Cukai & subsidi perniagaan
- peningkatan cukai perniagaan seperti cukai jualan eksais akan meningkatkan
kos pengeluaran.
ii. Kawalan (Regulation)
- kawalan lazimnya dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal pengeluaran
sesuatu barang.
d) Persekitaran
- ia merangkumi cuaca, bencana alam & peperangan
5.3
TAHAP KELUARAN & HARGA KESEIMBANGAN
5.3.1 Perubahan Keseimbangan
a)
Perubahan Permintaan Agregat (AD)
- peralihan keluk AD berlaku jika salah satu daripada komponen Perbelanjaan
Agregat atau faktor penentu AD selain daripada paras harga mengalami
perubahan
b) Perubahan Penawaran Agregat (AS)
- harga & kuantiti output keseimbangan bagi barang & perkhidmatan
berubah apabila Keluk Penawaran Agregat mengalami peralihan
- peralihan keluk AS disebabkan oleh faktor penentu keluk AS selain
daripada paras
5.4
PERMINTAAN AGREGAT (AD) & PENAWARAN AGREGAT (AS) : DASAR BELANJAWAN
& DASAR KEWANGAN
Pendekatan
atau modal AD & AD boleh digunakan untuk menganalisis kesan Dasar
Belanjawan & Dasar Kewangan.
Dasar
ini terbahagi kepada 2 iaitu Dasar Mengembang & Menguncup.
5.5
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN AGREGAT (AS) JANGKA PANJANG
Penyelarasan boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan perubahan
yang berlaku berdasarkan pengetahuan terhadap paras harga yang sebenar.
Penyelarasan tersebut menyebabkan tidak berlaku kejutan harga dalam
jangka panjang
5.5.1 Keluk Penawaran Agregat Jangka Panjang
Keluk
AS jangka panjang menegak kerana dalam jangka panjang penyelarasan akan
berlaku. Dalam
jangka panjang sama ada dasar mengembang atau menguncup (belanjawan
atau kewangan) dijalankan, perubahan hanya akan berlaku
pada paras harga sahaja.
RUMUSAN
Permintaan
agregat adalah keseluruhan pemintaan terhadap barang & perkhidmatan
oleh pengguna dalam ekonomi.
Keluk
Permintaan Agregat (AD) adalah bercerun negatif, yang menunjukkan hubungan
negatif antara harga & tahap keluaran dengan andaian
faktor-faktor lain adalah tetap(tidak berubah). Faktor-faktor yang menyebabkan
Keluk Permintaan Agregat (AD) bercerun negatif adalah
kesan kekayaan, kadar bunga & kesan pembelian asing.
Perbelanjaan
agregat adalah jumlah perbelanjaan isi rumah, firma, kerajaan &
sektor asing.
Penawaran
agregat bermaksud jumlah penawaran bagi barang & perkhidmatan dalam
ekonomi.
Penawaran
agregat boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu mendatar (Jeda Keynesian),
pertengahan & menegak (Jeda Klasik).
Penawaran
agregat ditentukan oleh harga input, produktitviti, dasar kerajaan &
persekitaran.
Perubahan
keseimbangan boleh berlaku akibat daripada perubahan keluk permintaan
agregat & penawaran agregat.
Dasar
belanjawan melibatkan perbelanjaan kerajaan & cukai, manakala dasar
kewangan melibatkan penawaran wang. Dasar ini terbahagi
kepada 2 iaitu dasar mengembang & menguncup. Dasar mengembang akan
mengalihkan keluk AD ke kanan, manakala dasar menguncup akan
mengalihkan keluk AD ke kiri.
Keluk
AS jangka panjang adalah menegak kerana dalam jangka panjang penyelarasan
akan berlaku.